Muat-Turun Chrome Untuk iOS Sekarang

Muat-Turun Chrome Untuk iOS Sekarang

Diterbitkan pada June 29, 2012 oleh .

Akhirnya, setelah diumumkan oleh Google beberapa jam yang lepas, kini Google Chrome telah pun sedia dimuat-turun untuk peranti iOS anda, iaitu iPhone dan iPad, sekaligus memudahkan anda melayari web dan sync akan segala data pelayaran dengan mudah pada pelbagai peranti.

Sama seperti pada versi web, Chrome untuk iOS turut sama membawakan sokongan tab, disamping didatangkan dengan pelbagai fungsi popular, seperti Incognito Mode dan lain-lain. Ia juga menawarkan sokongan untuk anda menghantar tab yang sedang dibuka ke komputer atau Android untuk dibaca secara luar-talian dan sebagainya.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun Chrome untuk iOs hari ini secara percuma daripada AppStore.

Terima kasih Ikram.


TIPS & ULASAN