Rocket Internet nampaknya semakin bergiat aktif di rantau ini, dimana selepas Lazada, Zalora, Home24, FoodPanda dan lain-lain, kini mereka terus menambah hartanah internet mereka yang terbaru, dinamakan sebagai PricePanda.
PricePanda memfokuskan kepada kemudahan para pengguna membuat perbandingan harga diantara penjual diarena internet, sekaligus memudahkan anda membuat pilihan membeli barangan yang paling murah.
Buat masa ini, PricePanda, ia lebih memfokuskan kepada peralatan elektronik dan perisian. Ia masih tidak diketahui sama ada mereka akan menambah kategori peralatan lain ataupun tidak.
Bagi mereka yang ingin melakukan pembelian gajet dan perisian daripada internet, mungkin anda boleh merujuk laman PricePanda hari ini, dan membuat pilihan yang menjimatkan anda.