Cari @ Amanz

Pengguna BlackBerry atau mempunyai rakan yang menggunakannya? Kini anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik yang ditawarkan oleh BlackBerry Malaysia, khas untuk pembaca Amanz, melalui kempen khas Stop Missing Out yang diadakan sehingga 7 Julai 2012.

Bagi yang mengikuti perkembangan BlackBerry Malaysia, mungkin anda sedia ketahui akan kempen Stop Missing Out daripada mereka, yang menawarkan pelbagai hadiah isitimewa bersama selebriti tempatan. Menariknya, sekiranya anda pembaca Amanz, anda berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah tambahan setiap hari sepanjang kempen tersebut.

Untuk menyertainya, anda hanya perlu ke laman Stop Missing Out, dan menghantar penyertaan anda seperti biasa. Cuma, pada bahagian nama, anda hanya perlu menambah (Amanz) pada penghujung, supaya dapat diketahui ia adalah penyertaan daripada pembaca Amanz.

Berikut merupakan hadiah tambahan khas untuk pembaca Amanz:

  • Baucar KFC (RM50) untuk dimenangi setiap hari.
  • BlackBerry Curve 9220 (setiap minggu)

Jadi, bagi anda yang tiada sebarang peranti BlackBerry, dan masih ingin menyertainya, mungkin boleh meminjamnya daripada rakan terdekat anda, ataupun jumpa kami esok di LepakIT. Jangan lupa layari laman StopMissingOut dan mendapatkan maklumat lanjut berkaitan kempen dan pertandingan yang dijalankan oleh BlackBerry Malaysia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd