Versi Pembangunan Awal Jelly Bean Untuk Galaxy S3 Sedia Dicuba

Versi Pembangunan Awal Jelly Bean Untuk Galaxy S3 Sedia Dicuba

Diterbitkan pada June 29, 2012 oleh .

Selepas semalam kita dapat lihat versi pembangunan Jelly Bean untuk peranti HTC One X, kini pembangun bebas turut hadir dengan versi pembangunan Android 4.1 Jelly Bean untuk para pengguna Samsung Galaxy S3. Namun, seperti biasa, ia masih pada peringkat awal buat masa ini.

Pembangunnya mengatakan yang mana ia dibangunkan berdasarkan kepada apa yang terdapat pada Galaxy Nexus dan juga diubah suai sedikit daripada kernel CyanogenMod 9.

Memandangkan ia masih lagi pada peringkat awal, pelbagai perkara masih tidak dapat digunakan sepenuhnya, seperti WiFi, NFC, Audio, Kamera dan pelbagai fungsi yang lain. Namun, perkara ini mungkin akan diatasi dari hari ke hari secara berperingkat oleh pembangun tersebut.

Sekiranya anda menggunakan Samsung Galaxy S3, mungkin anda turut sama boleh merujuk ke laman XDA Developers, dan mengujinya sendiri daripada fail yang disediakan oleh pembangun tersebut.


TIPS & ULASAN