Peranti BlackBerry 10 Ditangguhkan – Ingin Menggunakan Windows Phone?

Peranti BlackBerry 10 Ditangguhkan – Ingin Menggunakan Windows Phone?

Diterbitkan pada June 30, 2012 oleh .

Nampaknya Research In Motion terus menghadapi masalah demi masalah, dimana kini Reuters melaporkan yang mana kini RIM menangguhkan pelancaran BlackBerry 10 kepada tahun hadapan, mengambil masa lebih setahun daripada apa yang disasarkan sebelum ini.

Perkara ini dikatakan dimana berkait rapat dengan pembangunan sistem operasi terbaru mereka yang mengambil masa lebih lama daripada apa yang dirancang sebelum ini.

Lanjutan daripada ini, Reuters mengatakan yang mana salah satu pilihan RIM adalah untuk menghentikan pembangunan sistem operasi mereka, dan memilih Windows 8 bersama peranti mereka. Sekiranya ini merupakan salah satu pilihan, mungkin kita akan dapat melihat RIM dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti sebelum ini.

Sekiranya benar RIM menggunakan platform daripada Microsoft, mungkin kita akan dapat melihat kerjasama eksklusif seumpama yang diperolehi oleh Nokia, membolehkan RIM masih menawarkan beberapa aplikasi mereka secara eksklusif untuk pengguna mereka.

Buat masa ini, RIM masih tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berkaitan perkara ini.


TIPS & ULASAN