Bagi para pengguna aktif MobileMe, mungkin anda sedia maklum akan yang mana Apple akan mematikan perkhidmatan MobileMe mereka, sekaligus meminta semua menggunakan iCloud. Dengan mematikan perkhidmatan MobileMe, ia sekaligus menjadikan iCloud sebagai lokasi yang dituju untuk pelbagai rujukan berkaitan dengan aplikasi berasaskan web daripada Apple.
Sebelum ini, MobileMe telah dilancarkan oleh Apple pada WWDC tahun 2008, yang mana merupakan salah satu koleksi perkhidmatan berasaskan atas-talian, yang ditawarkan dalam bentuk langganan.
Melalui iCloud, Apple menawarkan sokongan integrasi antara iOS dan juga OS X, dengan lebih banyak produk Apple yang mula diintegrasikan sedikit demi sedikit pada perkhidmatan tersebut. Buat masa ini, Apple menawarkan ruangan percuma sebanyak 5GB melaui iCloud. Walaubagaimanapun, perkhidmatan emel beralamatkan @me.com masih kekal pada perkhidmatan iCloud.