(Ura-Ura) Ujian Beta Terbuka Office 15 Pada Minggu Hadapan

(Ura-Ura) Ujian Beta Terbuka Office 15 Pada Minggu Hadapan

Diterbitkan pada June 30, 2012 oleh .

Office 15 merupakan perisian pejabat yang terbaru daripada Microsoft, yang mana masih pada peringkat awal pembangunan. Microsoft sendiri telah memulakan ujian tertutup di kalangan beberapa pengguna sebelum ini, dan kini ura-ura awal mengatakan yang mana Microsoft bakal melancarkan ia dalam bentuk beta terbuka seawal minggu hadapan.

Sama seperti pada Windows 8, Office 15 juga akan membawakan rekabentuk antaramuka berasaskan Metro, serta membawakan integrasi Skydrive dan sebagainya. Bersama-sama dengan versi desktop, Microsoft juga dikatakan akan menyertakan perisian Office yang baru ini bersama-sama dengan tablet Surface mereka, dan pelbagai tablet berasaskan Windows RT yang dijual.

Versi akhir untuk Office 15 disasarkan untuk dijual kepada umum pada suku tahun pertama 2013, beberapa bulan selepas Windows 8 dilancarkan.


TIPS & ULASAN