Perkhidmatan Telegram Dari Telekom Malaysia Akan Ditamatkan Bermula 1 Julai 2012

Perkhidmatan Telegram Dari Telekom Malaysia Akan Ditamatkan Bermula 1 Julai 2012

Diterbitkan pada June 30, 2012 oleh .

Sebelum zaman telekomunikasi yang semakin mudah pada hari ini, untuk meyampaikan mesej jarak jauh dengan pantas, salah satu perkara yang memudahkan adalah telegram. Dan kini, dengan perkhidmatan tersebut yang semakin kurang popular, Telekom Malaysia telah pun mengambil langkah untuk mematikan perkhidmatan tersebut.

Bagi yang tidak mengenali telegram, ia merupakan salah satu bentuk mesej yang dihantar melalui telegraph, dan dihantar dalam bentuk bertulis atau bercetak. Ia juga menyertakan bilangan perkataan yang terhad bersama setiap mesej yang dihantar melaluinya.

Telekom Malaysia yang dulunya menyediakan perkhidmatan tersebut, kini akan menamatkan perkhidmatan tersebut bermula daripada 1 Julai ini, dan mungkin dengan perkhidmatan telekomunikasi yang semakin berkembang, ia tidak memberikan sebarang kesan yang serius kepada pengguna.


TIPS & ULASAN