Galaxy Note 2 Akan Diumumkan Sekitar Bulan September Kelak?

Galaxy Note 2 Akan Diumumkan Sekitar Bulan September Kelak?

Diterbitkan pada June 30, 2012 oleh .

Semua sedia maklum yang mana Galaxy Note 2 bakal hadir. Dan hari ini, pihak GSM Arena mengatakan mereka mendapat pengesahan daripada sumber dalaman mereka, yang mana peranti tersebut disahkan dan bakal dilancarkan sekitar bulan September kelak.


Konsep Galaxy Note 2

Buat masa ini, Galaxy Note 2 dikatakan akan membawakan peranti dengan skrin Super AMOLED bersaiz 5.5-inci, memori sebanyak 2GB RAM, kamera belakang 8-megapixel. Beberapa ura-ura turut mengatakan ia akan membawakan beberapa fungsi yang menyerupai apa yang terdapat pada Galaxy S3 sebelum ini.

Jadi, bagi anda yang dalam perancangan untuk membeli Galaxy Note, mungkin boleh bertahan sehingga 2 bulan lagi sementara menantikan pengumuman rasmi Galaxy Note 2 yang diperkatakan sekitar bulan September ini.


TIPS & ULASAN