Cari @ Amanz

Bagi yang mengikuti pengumuman Android 4.1 Jelly Bean, anda mungkin perasan akan salah satu aplikasi yang diperkenalkan oleh Google, yang mana menawarkan fungsi seumpama Shazam. Kini, pembangun yang mendapat peranti Jelly Bean daripada Google itu, telah pun berkongsi akan fail APK untuk fungsi tersebut, dinamakan sebagai Google Ears.

Melalui aplikasi tersebut, yang berbentuk seperti widget, membolehkan anda mengetahui pelbagai nama lagu dengan pantas, selain terus membuat pautan kepada lagu tersebut di Google Play, membolehkan mereka yang meminati lagu tersebut, memuat-turunnya dengan pantas.

Sekiranya anda berminat, mungkin boleh memuat-turun aplikasi tersebut ke peranti Android anda, dan mula menggunakannya hari ini. Kami telah mengujinya pada peranti Android 4.0 Ice Cream Sandwich, dan berfungsi tanpa sebarang masalah. Namun, ia hanya menyokong lagu yang berbahasa Inggeris sahaja, dan tiada sokongan untuk lagu berbahasa Malaysia buat masa ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd