Bagaimana Menetapkan Google Chrome Sebagai Pelayar Web Utama Pada iPhone Dan iPad?

Bagaimana Menetapkan Google Chrome Sebagai Pelayar Web Utama Pada iPhone Dan iPad?

Diterbitkan pada July 2, 2012 oleh .

Dengan pengenalan Google Chrome untuk para pengguna iOS, mungkin ramai yang kini ingin mengubah pelayar web utama pada peranti mereka kepada Chrome. Walaupun secara asasnya tidak boleh menetapkan Chrome sebagai pelayar web utama, namun melalui BrowserChooser untuk iOS, ia membolehkan anda memilih pelayar web utama untuk iOS dengan mudah.

Untuk makluman, BrowserChooser merupakan salah satu penambahan menarik untuk jailbreak, sekaligus memberikan anda lebih kawalan terhadap peranti anda. Jadi, sebelum meneruskannya, anda diperlukan untuk jailbreak akan peranti anda, dan memasang BrowserChooser.

Memasang BrowserChooser

Untuk segelintir pengguna, BrowserChooser disertakan melalui kemaskini Cydia, dimana anda boleh terus menambahnya dengan mudah melalui langkah tersebut:

  1. Buka aplikasi Cydia.
  2. Pilih Featured, dan seterusnya Mobile Safari Add-Ons.
  3. Memasang BrowserChooser yang terdapat padanya.

Namun, sekiranya ia tidak terdapat disana, jangan bimbang, dimana anda boleh mengatasinya dengan menambah Sources. Untuknya, anda perlu:

  1. Buka Cydia, dan pilih Sources.
  2. Tekan Edit, dan pilih Add.
  3. Taip rpetri.ch/repo dan tekan AddSource.
  4. Tekan Return to Cydia.
  5. Pilih Sources > Rpetri.ch Repository.
  6. Pilih BrowserChooser, dan tekan Install.

Menetapkan Pelayar Web Utama

Sebaik sahaja selesai semuanya, keluar daripada aplikasi Cydia, dan pergi ke bahagian Settings pada iOS anda.

Pada bahagian Extensions, pilih BrowserChooser.

Disana anda akan melihat beberapa koleksi pelayar web yang sedia terpasang, dan boleh memilih pelayar web yang digemari anda sebagai pelayar web utama untuk pelayaran pada iOS anda.


TIPS & ULASAN