Amazing Alex Untuk iOS Dan Android Bakal Dilancarkan Tidak Lama Lagi

Amazing Alex Untuk iOS Dan Android Bakal Dilancarkan Tidak Lama Lagi

Diterbitkan pada July 2, 2012 oleh .

Ingatkah lagi permainan Amazing Alex yang diumumkan oleh pembangun Angry Birds, Rovio sebelum ini? Nampaknya kini permainan tersebut akan dilancarkan kepada umum tidak lama lagi, dengan pihak Rovio, kini, telah pun menyediakan sebuah halaman teaser khas untuk para pengguna.

Rovio bakal melancarkannya untuk platform Android dan iOS terlebih dahulu dalam beberapa minggu lagi. Melalui permainan Amazing Alex ini, ia menawarkan permainan berbentuk puzzle, dimana para pemain perlu menyusun beberapa perkara dan peralatan dalam mencapai sesuatu objektif.

Laman teaser khas untuk Amazing Alex juga turut mengatakan yang mana kelak, para pengguna boleh berkongsi perkara yang dibangunkan mereka bersama rakan-rakan yang lain, dimana sebanyak 4 lokasi menarik disediakan, bersama-sama dengan 35 objek interaktif.

Jadi, dengan Amazing Alex, adakah Rovio akan dapat mengembalikan kejayaan mereka bersama Angry Birds sebelum ini?


TIPS & ULASAN