UMobile Menawarkan Perkhidmatan BIS Pada Harga Serendah RM17 Sebulan

UMobile Menawarkan Perkhidmatan BIS Pada Harga Serendah RM17 Sebulan

Diterbitkan pada July 2, 2012 oleh .

Perang menyediakan perkhidmatan BlackBerry Internet Service pada kadar terendah diantara penyedia syarikat telekomunikasi tempatan terus berlanjutan, dimana terkini UMobile memperkenalkan pelan baru, menawarkan harga serendah RM34 untuk dua bulan.

Pakej baru yang diperkenalkan dengan harga RM34 untuk dua bulan ini membolehkan para pengguna bukan sahaja mengakses perkhidmatan BIS, tetapi turut sama menikmati beberapa perkhidmatan lain seperti Facebook, Twitter, Email, IM tanpa sebarang had atau caj tambahan. Dan sebagai tambahan, UMobile turut menyediakan had penggunaan data sebanyak 600MB untuk sebulan melaluinya.

Pakej baru ini adalah sebagai tambahan kepada perkhidmatan sedia ada daripada UMobile, yang menawarkan perkhidmatan BIS mereka pada harga RM0.88 untuk sehari, atau RM19 untuk sebulan.


TIPS & ULASAN