Cari @ Amanz

Setelah sekian lama dalam fasa ujian, akhirnya, kini pihak pembangun VideoLAN telah pun memuat-naik aplikasi mereka untuk Android di Google Play, membolehkan para pengguna Android dengan mudah mula menggunakannya bermula daripada hari ini. Namun, seperti biasa, ia masih lagi pada peringkat beta buat masa ini.

VLC untuk Android ini menyokong Android 2.1 dan ke atas, dan hanya menyokong peranti dengan NEON CPU (ARM) sahaja buat masa ini. Menurut pembangunnya, mereka akan mengeluarkan kemaskini dengan sokongan yang lebih meluas, terutamanya Tegra 2 dan juga ARMv6 dalam masa beberapa hari lagi.

VLC untuk Android, sama seperti pada versi desktop, membolehkan para pengguna memainkan pelbagai jenis fail media, sama ada audio ataupun video tanpa sebarang masalah.

Bagi para pengguna Android yang berminat, boleh memuat-turun VLC untuk Android hari ini, dan mencubanya sendiri sebelum versi akhirnya dilancarkan tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd