Cari @ Amanz

Nokia Belle FP1 telah pun didatangkan bersama-sama dengan telefon pintar dengan sensor kamera sebesar 41-megapixel, Nokia 808 PureView, dan kini video terbaru telah pun tertiris ke arena web, memperlihatkan kemaskini baru untuk peranti Nokia, dinamakan sebagai Nokia Belle FP2.

Daripada video yang kelihatan, ia menunjukkan beberapa perkara baru, termasuk efek transasi yang dikemaskini, dan juga antaramuka untuk kamera yang diperbaharui. Nokia Belle FB2 juga turut dilihat membawakan pelayar web yang baru, disamping galleri dan pemain muzik yang dikemaskini padanya. Papan kekunci QWERTY juga diberikan nafas baru, selain sokongan swipe padanya.

Ia masih lagi tidak diketahui bilakah kemaskini Nokia Belle Feature Pack 2 ini akan diperkenalkan. Namun ia diperkatakan, kemaskini ini akan diperkenalkan terlebih dahulu untuk pengguna PureView, sebelum diperkenalkan kepada pengguna Symbian yang lain.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd