Peranti Firefox OS Bakal Hadir Awal Tahun 2013 Kelak

Peranti Firefox OS Bakal Hadir Awal Tahun 2013 Kelak

Diterbitkan pada July 3, 2012 oleh .

Platform mudah-alih Mozilla yang menggunakan jenama Boot-To-Gecko sebelum ini, nampaknya telah dijenamakan semula menjadi Firefox OS, dimana bersama-sama dengannya, pihak Mozilla turut sama mengumumkan beberapa rakan kerjasama untuk platform mudah-alih tersebut.

Buat masa ini, info berkaitan Firefox OS sendiri tidak begitu banyak, selain apa yang pernah dikongsikan oleh Mozilla berkaitan Boot-2-Gecko sebelum ini. Namun, pihak Mozilla mengatakan yang mana ZTE merupakan salah satu syarikat yang akan mengeluarkan peranti Firefox OS, dan akan dipasarkan di Brazil bermula awal tahun 2013 kelak.

Peranti Firefox ini kelak akan mensasarkan kepada pasaran baru membangun melalui peranti berkos rendah daripada rakan kerjasama mereka.

Firefox OS ini kelak akan dijana menggunakan HTML5, dimana aplikasi yang dibenarkan hanya yang menggunakan teknologi web sahaja, iaitu HTML5, JavaScript, CSS dan beberapa yang lain.

Jadi, adakah kelak peranti Firefox OS akan menjadi pilihan anda, ataupun akan kekal dengan platform sedia ada?


TIPS & ULASAN