Cari @ Amanz

Groupon Malaysia, seperti sedia diketahui, menawarkan pelbagai peralatan elektronik melalui laman mereka. Namun, salah satu peranti yang menarik minat kami pada hari ini adalah Nokia 3310 yang mana dijual pada harga RM99 melalui laman tersebut.

Daripada apa yang kelihatan, model yang dijual bukanlah model baru, tetapi model jenis refurbished yang dikatakan dalam bentuk yang baik.

Nokia 3310 ini telah dilancarkan oleh Nokia pada tahun 2000, dan sejak daripada itu, ia telah menjadi antara peranti popular, dan tahan lasak, yang mana sering diperkatakan walaupun sehingga ke hari ini.

Walaubagaimanapun, harga yang ditawarkan melalui Groupon Malaysia, iaitu sekitar RM99 boleh dikatakan agak tinggi, memandangkan pada harga tersebut, beberapa peranti lain dengan spesifikasi lebih baik boleh didapati. Namun, sekiranya anda masih cintakan peranti klasik, mungkin boleh mendapatkannya pada harga RM99 melalui Groupon Malaysia hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd