Nokia : Kami Mempunyai Perancangan Sekiranya Windows Phone Gagal

Nokia : Kami Mempunyai Perancangan Sekiranya Windows Phone Gagal

Diterbitkan pada July 3, 2012 oleh .

Jualan peranti Nokia boleh dikatakan merudum sejak akhir-akhir ini, terutamanya peranti pintar mereka, sejak mula memfokuskan sepenuhnya kepada Windows Phone. Dan kini, melalui temuramah khas, ia diperkatakan Nokia mempunyai perancangan tersendiri sekiranya penggunaan Windows Phone ini gagal.

Sejak menjadi rakan kerjasama eksklusif untuk Windows Phone, Nokia telah membawakan pelbagai perkara menarik untuk para pengguna peranti Lumia daripada mereka. Namun, pada pengumuman Windows Phone 8, beberapa pengguna Lumia agak kecewa, apabila Lumia 900 dan beberapa peranti Lumia yang lain tidak akan menerima kemaskini Windows Phone 8, dan akan hanya mendapat kemaskini Windows Phone 7.8 sahaja.

Perkara ini, mungkin serba sebanyak membuatkan ramai yang agak tidak menyukainya, sekaligus lebih berkira untuk membeli peranti Lumia.

Walaubagaimanapun, pihak Nokia masih lagi memfokuskan kepada Windows Phone buat masa ini, dan seperti kebanyakkan syarikat lain, mereka mempunyai perancangan tersendiri sekiranya ia gagal. Apatah lagi dengan Microsoft sendiri memasuki arena pengeluaran peranti melalui Surface.

Namun, persoalan yang timbul adalah apakah pelan perancangan Nokia kelak? Adakah memfokuskan kembali sepenuhnya pada Symbian dan juga MeeGo? Ataupun beralih kepada platform lain, seperti Android, ataupun Firefox OS?


TIPS & ULASAN