Asus Padfone Dilancarkan Di Malaysia – Berharga RM2399

Asus Padfone Dilancarkan Di Malaysia – Berharga RM2399

Diterbitkan pada July 3, 2012 oleh .

Asus Padfone merupakan salah satu peranti yang membawakan gabungan telefon pintar an juga tablet, dan hari ini, peranti tersebut telah pun dilancarkan di Malaysia secara rasminya, dan mula dijual pada harga RM2399 untuk kedua-dua PadFone dan juga PadFone Station.

Untuk makluman, PadFone merupakan telefon pintar Asus yang menggunakan Android 4.0 Ice Cream Sandwich dan didatangkan bersama-sama skrin bersaiz 4.3-inci padanya. Dan apabila ia digabungkan bersama-sama dengan PadFone Station, ia berubah menjadi sebuah tablet Android bersaiz 10.1-inci.

Dari segi spesifikasi pula, ia membawakan cip pemprosesan 1.5GHz, memori sebanyak 1GB RAM, kamera hadapan VGA pada PadFone dan 1.3-megapixel pada PadFone Station, kamera belakang 8-megapixel pada PadFone, dan dijana menggunakan Android 4.0 Ice Cream Sandwich padanya.

Padfone dan juga PadFone Station dijual pada harga RM2399 di Malaysia, dan boleh didapati daripada pengedar rasmi peranti Asus seluruh negara bermula hari ini.


TIPS & ULASAN