Aplikasi ChatON Daripada Samsung Bakal Membawakan Sokongan Panggilan Video?

Aplikasi ChatON Daripada Samsung Bakal Membawakan Sokongan Panggilan Video?

Diterbitkan pada July 3, 2012 oleh .

Dalam banyak-banyak aplikasi permesejan yang terdapat di pasaran, salah satunya adalah ChatON daripada Samsung, yang ditawarkan untuk pelbagai platform, disamping didatangkan bersama-sama peranti keluaran Samsung. Kini, beberapa laporan awal mengatakan ChatON kelak akan turut mengintegrasikan sokongan panggilan video bersama-sama dengannya.

Ia masih lagi tidak diketahui bilakah Samsung akan memperkenalkan fungsi terbaru tersebut. Mengikut laporan awal, ia dikatakan ChatON kelak akan membolehkan para pengguna membuat panggilan video bukan sahaja melalui sokongan 3G dan 4G, tetapi turut menyokong WiFi bersama dengannya.

Kemaskini ini sekaligus akan membuatkan lebih ramai yang ingin menggunakan aplikasi ChatON, disamping bersaing dengan beberapa aplikasi lain seperti Fring, Skype, Viber dan sebagainya.

Jadi, mungkinkah angka pengguna ChatON akan bertambah dengan pengenalan sokongan panggilan video ini?


TIPS & ULASAN