Cari @ Amanz

Lanjutan daripada pengumuman RIM mengatakan peranti BlackBerry 10 yang akan dilancarkan hanya pada awal tahun hadapan, kini sebuah dokumen khas dipaparkan dengan jadual pelancaran beberapa peranti BlackBerry 10 pada tahun hadapan.

Daripada paparan dokumen yang diperlihatkan, ia menunjukkan yang mana RIM bakal melancarkan sebuah PlayBook 4G pada penghujung tahun ini, dan dua peranti BlackBerry 10 pada awal tahun hadapan. Daripada apa yang diperlihatkan, peranti Blackberry 10 yang bakal dilancarkan adalah satunya dengan skrin sentuh penuh, dan satu lagi dengan papan kekunci QWERTY padanya.

Selain daripada itu, dua peranti dengan nama kod NashVille dan Naples juga diperlihatkan, akan dilancarkan pada tahun hadapan selepas dua peranti pertama BlackBerry 10 dilancarkan.

Tambahan kepada telefon pintar, RIM juga mensasarkan untuk melancarkan tablet baru mereka, dinamakan sebagai Blackforest pada suku ketiga tahun hadapan.

Walaupun info ini masih tidak dapat dipastikan kesahihannya, namun daripada beberapa info awal, dan pengumuman RIM sebelum ini, ia menyerupai latar pelancarannya secara tidak langsung.

Jadi, adakah anda akan menantikan pelancaran peranti BlackBerry 10 pada tahun hadapan?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd