Ice Cream Sandwich Kini Pada Lebih 10.9% Peranti Android Di Dunia

Ice Cream Sandwich Kini Pada Lebih 10.9% Peranti Android Di Dunia

Diterbitkan pada July 3, 2012 oleh .

Seperti setiap bulan, kini Google telah pun mengeluarkan data terbaru mereka, memperlihatkan yang mana platform Android 4.0 Ice Cream Sandwich digunakan pada sebanyak 10.9% daripada peranti-peranti Android seluruh dunia.

Dan seperti biasa, Android 2.3 Gingerbread masih menguasai pasaran Android buat masa ini, dengan meliputi sebanyak 64%, dan diikuti Android 2.2 Froyo.

Platform terbaru daripada Google, iaitu Android 4.1 Jelly Bean masih lagi tidak memasuki data yang dikeluarkan oleh Google pada bulan ini.

Daripada angka penggunaan Android 4.0 yang semakin meningkat dari bulan ke bulan, ia sekaligus memperlihatkan penjualan peranti Android baru, disamping kemaskini yang dikeluarkan oleh pengeluar peranti sedang berlaku secara berperingkat.

Walaubagaimanapun, agak mendukacitakan apabila dilihat masa yang diambil adalah agak lama oleh pengeluar peranti memperkenalkan kemaskini kepada peranti mereka; apatah lagi Galaxy Nexus, Nexus S dan juga Motorola Xoom bakal menerima Android 4.1 Jelly Bean pada bulan hadapan.


TIPS & ULASAN