Microsoft Hanya Memperlihatkan Segelintir Kecil Fungsi Baru Pada WP8

Microsoft Hanya Memperlihatkan Segelintir Kecil Fungsi Baru Pada WP8

Diterbitkan pada July 3, 2012 oleh .

Pada minggu lepas, Microsoft telah pun memperlihatkan beberapa fungsi baru pada Windows 8, dan kini melalui sebuah temuramah khas, ia dikatakan fungsi yang diperlihatkan adalah hanya segelintir kecil sahaja, dan banyak lagi fungsi baru yang akan diperlihatkan oleh Microsoft ketika pelancarannya kelak.

Ia dikatakan, kebanyakkan fungsi yang diperlihatkan pada acara khas sebelum ini adalah ditujukan kepada para pembangun dan juga mereka dibidang IT. Fungsi-fungsi baru yang ditujukan untuk para pengguna umum masih lagi banyak, dan masih tidak diperlihatkan sepenuhnya oleh pihak Microsoft buat masa ini.

Daripada apa yang diumumkan sebelum ini, Windows Phone 8 membawakan sokongan untuk mengubah saiz tiles pada skrin utama, disamping sokongan mikro-SD, NFC, perkakasan lebih berkuasa dan beberapa perkara lain lagi.

Buat masa ini, apakah fungsi selanjutnya masih tidak diketahui. Mengikut beberapa laporan awal, ia dikatakan Windows Phone 8 bakal memasuki pasaran pada bulan Oktober kelak, dan mungkin kita boleh lihat Microsoft mengumumkan kesemua fungsi baru pada pelancarannya kelak.


TIPS & ULASAN