Cari @ Amanz

Untuk carian minggu lalu, carian lebih banyak dilakukan berkenaan dunia drama dan filem. Majoriti kata kunci pula adalah berkenaan dengan perkara berkaitan dunia Malaysia. Berikut disenaraikan 10 carian terhangat Google Malaysia sepanjang 22-28 Jun 2012

1) Dejavu di Kinabalu
Drama melayu terbaru ini telah muncul buat julung kalinya pada 18 Jun, dan disiarkan setiap Isnin sehingga Khamis di TV3.

2) Norish Karman

Gambar aktres ini dengan bayinya tersebar di internet.

3)KL Marathon
Dengan tema ‘Run for a Reason’, lebih 28,000 pelari mengambil bahagian didalam Standard Chartered KL Marathon 2012 pada 24 Jun

4) Abraham Lincoln: Vampire Hunter
Benjamin Walker berlakon sebagai pemburu pontianak didalam filem aksi ini yang telah ditayangkan bermula 21 Jun di pawagam berdekatan.

5)Saguni
Filem Tamil bergenre satira politik ini mempersembahkan Karthik dan Pranita Subhash

6) Dragon Boat Festival
Festival yang diraikan pada hari kelima pada bulan kelima berdasarkan kalendar Cina, ia bertujuan untuk meraikan perwira dan penyantun puisi terhebat berbangsa Cina, Qu Yuan

7) Julia Perez
Kepulangan beliau dari ibadah umrah, penyanyi dan pelakon yang terkenal dengan gaya tersendiri berkata beliau berkemungkinan akan mengurangkan aktiviti tersebut.

8) Nazmi Faiz
Pemain tengah yang telah bermain dengan pasukan dari Portugal tidak muncul didalam perlawanan terbaru Pusingan Kelayakan AFC Bawah-22 di Yangon

9) Honda City
Rakyat Malaysia mencari maklumat berkaitan kereta sedan Honda yang terbaru

10) Thor
Filem adiwira berdasarkan komik yang diterbitkan oleh Marvel Comics akan ditayangkan di HBO pada 17 Jun

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd