Cari @ Amanz

Kemaskini PR1.3 Mula Diperkenalkan Kepada Para Pengguna Nokia N9

Oleh Aman

Link Copied!

Walaupun tiada sebarang peranti baru dikeluarkan, namun Nokia masih aktif mengeluarkan kemaskini untuk peranti Nokia N9 mereka, dimana terkini kemaskini Nokia N9 PR1.3 telah pun diperkenalkan, dan akan boleh dikemaskini oleh semua melalui OTA dalam beberapa hari akan datang.

Kemaskini PR1.3 ini dikatakan membawa lebih 1000 peningkatan berbanding yang sebelumnya, termasuk penambah-baikkan pada aplikasi Mail, Facebook dan juga Twitter. Ia juga membawakan kemaskini kepada sambungan rangkaian dan sebagainya.

Secara keseluruhan, kemaskini PR1.3 ini bersaiz lebih kurang 205MB. Bagi para pengguna Nokia N9, mungkin boleh ke laman rasmi, di Nokia Swipe dan mendapatkan maklumat lanjut berkaitan dengannya.

Jadi, bagi pengguna Nokia N9, mungkin anda boleh menyemak peranti anda untuk memastikan ianya menerima kemaskini PR1.3, dan pada masa yang sama memperlihatkan Nokia masih komited dalam membawakan kemaskini kepada platform MeeGo.


Komen ()