Cari @ Amanz

Bersama-sama dengan peralihan MobileMe kepada iCloud, kini Apple turut sama mengemaskini halaman iCloud Beta kepada para pembangun, dimana menyertakan beberapa sokongan baru berasaskan web padanya.

Kini, melalui laman iCloud Beta, ia menyertakan beberapa aplikasi berasaskan web padanya, termasuk Calendar, Notes dan juga Reminders, disamping fungsi Find My iPhone yang dikemaskini dengan beberapa info tambahan padanya.

Daripada ujian yang dilakukan melalui iCloud Beta oleh para pembangun, aplikasi Notes dilihat memberikan kemaskini dalam bentuk hampir masa-nyata antara web dan juga peranti, disamping sokongan sync antara Calendar dan juga Reminders.

Dengan iOS 6 dan juga Mountain Lion, Apple dilihat lebih memfokuskan kepada integrasi awan antaranya, dan semestinya iCloud memainkan peranan yang besar untuknya.

Sokongan penuh ini dijangka akan diperkenalkan kepada para pengguna dengan pelancaran iOS 6 kelak, sekitar bulan September atau Oktober.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd