Kini Anda Boleh Memainkan Ragnarok Online Pada Peranti Android

Kini Anda Boleh Memainkan Ragnarok Online Pada Peranti Android

Diterbitkan pada July 4, 2012 oleh .

Bagi para peminat permainan atas-talian, salah satu permainan yang popular adalah Ragnarok Online. Menariknya, permainan yang dahulunya dimainkan pada desktop, kini dibangunkan dan dioptimasikan untuk peranti mudah-alih, membolehkan mereka yang meminatinya, memainkan pada peranti Android mereka dengan mudah.

Namun, apa yang agak mendukacitakan adalah penggunaan bahasanya, yang mana buat masa ini pembangun bebas sedang dalam proses menterjemahkannya kepada bahasa Inggeris. Sebahagian besar permainan tersebut masih kekal dalam bahasa Korea buat masa ini. Tetapi, sekiranya anda pernah memainkan permainan ini sebelum ini, mungkin tiada sebarang masalah dalam mengendalikannya.

Daripada percubaan kami sendiri, permainan ini dilihat dioptimasikan sepenuhnya untuk peranti mudah-alih, dimana kami berjaya memainkannya pada skrin kecil (HTC One V), tanpa sebarang masalah. Kawalan watak juga mudah, disamping boleh menyerang haiwan di Ragnarok dengan pantas.

Bagi anda yang berminat untuk memainkan permainan ini, boleh memuat-turun fail APK daripada XDA-Developer hari ini, dan memainkannya pada peranti Android anda.


TIPS & ULASAN