iGoogle, Google Video Dan Beberapa Produk Lagi Diumumkan Akan Dimatikan

iGoogle, Google Video Dan Beberapa Produk Lagi Diumumkan Akan Dimatikan

Diterbitkan pada July 4, 2012 oleh .

Sebelum ini, Google telah pun mengumumkan akan mematikan dan mengabungkan beberapa produk dan perkhidmatan mereka, dan hari ini senarai tersebut terus bertambah, dimana Google mengumumkan beberapa perkhidmatan dan produk mereka akan dimatikan dalam beberapa bulan lagi.

Salah satu yang telah dimaklumkan akan dimatikan jauh sebelum ini adalah Google Video. Memandangkan Google sedia mempunyai YouTube, mereka telah mematikan sokongan memuat-naik video sejak Mei 2009. Dan kini Google memberikan masa sehingga 20 Ogos 2012 sebelum ia dimatikan sepenuhnya, dan semua kandungan dialihkan ke YouTube.

Lagi satu perkhidmatna popular yang akan dimatikan adalah iGoogle, dimana Google mensasarkan untuk menghentikannya pada 1 November 2013 kelak. Google mengatakan dengan adanya aplikasi tambahan pada platform Chrome dan Android, iGoogle seperti kurang relevan, dan mereka akan mematikan perkhidmatan tersebut kelak.

Beberapa perkhidmatan lain yang akan turut dimatikan adalah Google Mini, Google Talk Chatback, dan juga Symbian Seacrh App.


TIPS & ULASAN