Apple Bakal Memperkenalkan iPad Bersaiz Kecil Sebelum Penghujung Tahun Ini?

Apple Bakal Memperkenalkan iPad Bersaiz Kecil Sebelum Penghujung Tahun Ini?

Diterbitkan pada July 4, 2012 oleh .

Dengan pelbagai ura-ura berkenaan dengan iPad Mini kedengaran sejak daripada tahun lepas, kini Bloomberg melaporkan Apple bakal memperkenalkan iPad baru bersaiz kecil dan lebih murah sebelum penghujung tahun ini.

Ia dilaporkan yang mana iPad Mini ini kelak akan bersaiz antara 7 hingga 8 inci, dan mungkin berharga lebih kurang menyerupai Nexus 7 yang diumumkan Google baru-baru ini.

Jikalau Google bersaing melalui Google Play, maka berkemungkinan kita akan dapat melihat Apple bersaing menggunakan iTunes mereka, yang mana baru-baru ini telah pun dilancarkan dengan sokongan tempatan.

Jadi, sekiranya perkara ini benar, adakah anda akan memilih iPad Mini ataupun Nexus 7 kelak?


TIPS & ULASAN