Maxis Menawarkan Aplikasi YooMob TV Untuk Pengguna Android

Diterbitkan pada July 4, 2012. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Seperti umum sedia maklum, Maxis agak memfokuskan kandungan mudah-alih akhir-akhir ini, dengan memperkenalkan beberapa aplikasi untuk Android dan iOS, disamping baru-baru ini mengumumkan perkhidmatan IPTV mereka untuk pelanggan Maxis Home.

Terkini, ia kelihatan mereka turut menambah sebuah aplikasi baru untuk para pengguna Android, dinamakan sebagai Yoomob TV. Aplikasi YooMob TV ini membolehkan anda menikmati pelbagai rancangan dan saluran televisyen terus pada peranti Android.

Perkhidmatan ini ditawarkan secara percuma selama 7 hari, dan sekiranya anda ingin kekal menggunakannya, perlu melanggan kepada pass mingguan ataupun bulanan tanpa sebarang data padanya.

Bagi anda yang berminat, mungkin anda boleh memuat-turun aplikasi YooMob TV ini kepada peranti Android anda, dan menikmati pelbagai siaran dengan mudah terus pada peranti anda.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami