Cari @ Amanz

Dengan pengenalan Google+, semua sedia maklum akan yang mana ianya akan diintegrasikan secara berperingkat kepada semua perkhidmatan Google. Setelah YouTube dan beberapa yang lain, kini integrasi Google+ turut didatangkan pada Chrome WebStore, sekaligus memudahkan anda membuat pilihan aplikasi.

Kini, apabila anda melayari laman Chrome WebStore, sebuah pilihan baru ditambah, dinamakan sebagai “Dari Kalangan Anda“, membolehkan anda mengetahui senarai aplikasi yang digunakan oleh rakan-rakan Google+ anda pada Chrome.

Perkara ini sekaligus memudahkan anda membuat pilihan aplikasi menarik pada Chrome, disamping sekiranya ragu-ragu, boleh bertanyakan kepada mereka terus pada Google+ dengan mudah.

Mungkin kelak kita akan dapat melihat integrasi serupa pada lebih banyak perkhidmatan Google tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd