Cari @ Amanz

Bagi mereka yang aktif menggunakan Facebook, semestinya perasan akan sokongan URL khas pada Facebook dengan nama pengguna khas, yang mana menawarkan pelbagai sokongan tambahan melaluinya.

Untuk makluman, melalui nama pengguna Facebook, ia boleh digunakan untuk log masuk, disamping turut berfungsi sebagai URL khas profil anda, dan juga alamat emel Facebook anda padanya.

Untuk sesetengah pengguna, Facebook mengaktifkan sokongan tersebut secara automatik, dan mungkin pilihan nama pengguna yang diberikan tidak disukai anda. Kini, Facebook memberikan peluang kepada pengguna, untuk membuat perubahan hanya sekali, sekaligus memudahkan anda memilih nama pengguna yang sesuai dengan anda.

Untuk mengubahnya, anda hanya perlu:

  1. Pergi ke halaman Account Settings anda.
  2. Klik Edit pada bahagian Username.
  3. Masukkan nama pengguna yang digemari anda pada kotak Username.
  4. Facebook akan menyemak sama ada nama pengguna pilihan anda masih boleh didaftarkan ataupun tidak. Sekiranya tidak, masukkan pilihan baru.
  5. Masukkan kata laluan anda, dan simpan segala perubahan dengan klik “Save Changes”.
  6. Nama pengguna baru anda akan aktif, dan boleh digunakan ketika log masuk, sebagai halaman profil dan juga emel anda.
© 2024 Amanz Media Sdn Bhd