Cari @ Amanz

Untuk mereka yang gemar membaiki peralatan elektrik atau komputer, seperti komputer riba, telefon mudah-alih, tablet dan sebagainya, mungkin laman iFixit adalah salah satu laman yang tidak asing bagi anda. Dan untuk memudahkan anda melakukan pelbagai proses membaiki, mereka turut sama menyediakan aplikasi mudah-alih mereka untuk pelbagai platform.

Seperti umum sedia maklum, ketika membaiki salah satu perkara, adalah lebih mudah untuk merujuk kepada telefon atau tablet berdekatan anda, berbanding ke komputer untuk melakukan rujukan. Dengan konsep ini, iFixit menawarkan aplikasi mudah-alih mereka secara percuma kepada platform iOS, Windows Phone, dan terbaru untuk pengguna Android.

Aplikasi mudah-alih iFixit menawarkan kandungan yang serupa seperti pada web rasminya, dimana turut dibawakan dengan pelbagai gambarajah untuk memudahkan rujukan dan sebagainya. Melaluinya, ia menawarkan tutorial dan panduan membaiki pelbagai perkara, termasuk MacBook, iPad, Tablet, komputer riba, kamera, sehinggalah kepada motosikal dan juga kereta.

Sekiranya anda berminat, boleh memuat-turun aplikasi ini untuk rujukan anda pada peranti mudah-alih anda, dan lakukan rujukan dari semasa ke semasa dengan mudah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd