Ikon Perisian Office 15 Berbentuk Metro Diperlihatkan

Ikon Perisian Office 15 Berbentuk Metro Diperlihatkan

Diterbitkan pada July 5, 2012 oleh .

Nampaknya, Microsoft bukan hanya sekadar memperkenalkan antaramuka aplikasi sahaja dalam bentuk Metro, tetapi turut mengubah ikon aplikasi mereka untuk serasi dengan antaramuka baru tersebut. Terkini, gambaran ikon dalam bentuk Metro mula kelihatan untuk aplikasi Office 2013, iaitu aplikasi pejabat popular Microsoft yang kini dalam pembangunan.

Daripada gambaran yang diperlihatkan, ikon berbentuk Metro diperlihatkan pada gambaran desktop biasa. Semestinya ia diserasikan, dan bakal membawakan gambaran yang lebih baik apabila antaramuka Metro digunakan pada komputer Windows 8 kelak.

Buat masa ini, bilakah Microsoft akan membuat ujian terbuka untuk Office 15 ataupun yang turut dikenali sebagai Office 2013 ini masih tidak diketahui. Namun, mengikut ura-ura awal, ia dikatakan akan dilakukan pada bulan ini, dimana ada yang turut mengatakan seawal minggu ini.


TIPS & ULASAN