Cari @ Amanz

Twitter ialah antara medium media sosial yanhg semakin meningkat naik. Pernahkan anda tertanya-tanya negara manakah yang paling banyak berkicau di dunia dan apakah kedudukan Malaysia jika dibandingkan dengan negara-negara yang lain?

Institut Internet Oxford, Universiti Oxford melakukan kajian berkenaan penggunaan Twitter sedunia Mac yang lalu dan mereka mengeluarkan hasil kajian mereka semalam. Tahukah anda Malaysia ialah negara ke 6 paling gila Twitter! Jelas media sosial ini amat digemari di Malaysia. Institut Internet Oxford juga meletakkan Malaysia dan Brazil sebagai dua negara yang mempunyai peratusan PENTWITTER tertinggi dikalangan rakyatnya! Hebat. Patutlah Perdana Menteri kita sanggup menemui rakan twitter beliau untuk makan sarapan pagi bulan lalu. Beliau menyedari betapa relevannya Twitter bagi rakyat Malaysia.

Berikut ialah ranking negara paling banyak berkicau menurut kajian Institut Internet Oxford;

  1. Amerika Syarikat
  2. Brazil
  3. Indonesia
  4. United Kingdom
  5. Mexico
  6. Malaysia

Pasukan bolasepak kita mungkin jatuh 3 anak tangga FIFA baru-baru ini tetapi di dalam dunia media sosial kita top 6 dari segi jumlah tweet yang dihantar dan top 2 dari segi peratusan populasi yang mempunyai akaun twitter. Malaysia boleh! Jom join Twitter! Ikuti twitter kami di @AMANZMY


Klik gambar untuk resolusi tinggi

Sumber Visualising Data

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd