Cari @ Amanz

Sebelum ini, kami pernah berkongsi akan mengenai malware yang mengubah pelayan DNS anda, dan CyberSecurity Malaysia menyediakan cara mudah menyemak sama ada komputer anda dijangkiti ataupun sebaliknya. Kini, untuk memastikan anda dapat menggunakan internet seperti biasa, anda hendaklah memastikan komputer anda bebas daripadanya, memandangkan pelayan yang disalahgunakan itu akan dimatikan sepenuhnya pada 9 Julai kelak.

Pihak FPI daripada Amerika Syarikat mengatakan yang mana mereka akan mematikan pelayan DNS yang digunakan untuk mengendalikannya, sekaligus membuatkan komputer yang dijangkiti dengannya hampir tidak dapat mengakses laman-laman web lain seperti biasa.

Apa itu DNSChanger?
DNSChanger ialah perisian merbahaya (malware) yang menukar tetapan Domain Name System (DNS) pengguna, untuk mengalihkan trafik ke laman yang berpotensi tidak sah atau tidak dikehendaki.

Pada November 2011, FBI telah menumpaskan rangkaian penjenayah siber yang dipercayai bertanggungjawab ke atas penyebaran DNSChanger ke seluruh dunia.

Kira-kira empat juta pengguna telah terjejas di seluruh dunia. Untuk mengelakkan mangsa malware ini dari kehilangan perkhidmatan internet mereka, FBI telah bekerjasama dengan Internet Systems Consortium (ISC) untuk menubuhkan dan mengendalikan satu penyelesaian DNS sementara, sementara memberi peluang kepada ISPuntuk membantu pelanggan/pengguna mereka untuk membuang jangkitan DNSChanger ke atas mesin mereka.

Penyelesaian sementara ini dijangka akan dimatikan seawal 9 Julai 2012. Ia memungkinkan pengguna yang dijangkiti DNSChanger akan tidak dapat untuk berhubung ke internet setelah penyelesaian DNS sementara ini dimatikan.

Bagi anda yang ingin memastikan komputer anda bebas daripadanya, boleh melayari laman khas yang disediakan oleh CyberSecurity Malaysia, sekaligus memastikan komputer anda bebas daripadanya. Sekiranya dijangkiti, pihak CyberSecurity menyediakan beberapa langkah untuk membaik pulih, dan mengembalikan komputer anda seperti sedia-kala.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd