Google Menawarkan Input Tools Untuk Chrome, Android Dan Windows

Google Menawarkan Input Tools Untuk Chrome, Android Dan Windows

Diterbitkan pada July 5, 2012 oleh .

Walaupun Google mematikan beberapa produk mereka, namun, pada masa yang sama, Google turut menambah koleksi beberapa aplikasi ringkas yang ditawarkan oleh mereka untuk Chrome dan juga Android. Terkini, mereka memperkenalkan Input Tools untuk memudahkan para pengguna menaip dalam bahasa ibunda mereka.

Google Input Tools memudahkan para pengguna untuk menaip menggunakan abjad biasa, dan diterjemahkan kepada tulisan mengikut bahasa ibunda masing-masing, sama ada dalam Hindi, Tamil, Arab, Korea, Jepun dan sebagainya, dan mengekalkan bunyi untuk sebutan tersebut.

Perkara ini sekaligus memudahkan para pengguna untuk menyampaikan sesuatu perkara dalam bahasa ibunda mereka dengan lebih mudah dan pantas, tanpa memerlukan sebarang papan kekunci atau perisian khas untuknya.

Google Input Tools ini ditawarkan kepada para pengguna Chrome, Android dan juga Windows, selain turut ditawarkan dalam bentuk versi web.


TIPS & ULASAN