ICT Disasarkan Menyumbang 17% Pendapatan Kasar Negara Menjelang 2020

ICT Disasarkan Menyumbang 17% Pendapatan Kasar Negara Menjelang 2020

Diterbitkan pada July 5, 2012 oleh .

Dengan dunia teknologi dan perkomputeran yang semakin berkembang pesat, kini kerajaan, melalui MSC Malaysia dan beberapa agensi yang lain mensasarkan untuk mempertingkatkan ekonomi digital, melalui tiga strategi menjelang tahun 2020.

Antara strategi yang diperkatakan oleh mereka melalui Digital Malaysia adalah termasuk menyediakan usahawan digital dengan fokus kepada permintaan, membina generasi baru celik IT, selain pada masa yang sama menambah penggunaan teknologi dalam mempertingkatkan produktiviti didalam syarikat.

Digital Malaysia turut mengatakan yang mana melaluinya, ia disasarkan untuk menyumbang sehingga 17% daripada pendapatan kasar negara menjelang 2020. Pada tahun 2010 yang lepas, sektor ICT negara menyumbang sebanyak 9.8% pendapatan kasar dalam negara, salah satu angka yang boleh dilihat berkembang positif sejak daripada pengenalan MSC Malaysia sejak 1996 yang lepas.

Semestinya ramai yang menyoalkan adakah ianya bakal berjaya? Bagi kami, perkara ini boleh dijayakan dengan mudah, sekiranya kerajaan bersama-sama dengan beberapa agensi memfokuskan kepada produk tempatan yang berkualiti, disamping mengurangkan pembaziran ke atas beberapa projek yang tidak menghasilkan faedah (seperti beberapa projek 1MDB yang kini tidak ke mana), disamping membantu usahawan digital tempatan dalam memasarkan produk mereka.

Jadi, apa kata anda?


TIPS & ULASAN