Adblock Plus Kini Turut Menyokong Firefox Untuk Android

Adblock Plus Kini Turut Menyokong Firefox Untuk Android

Diterbitkan pada July 5, 2012 oleh .

Bagi para pengguna Firefox, salah satu aplikasi tambahan yang tidak boleh dilupakan adalah Adblock Plus. Dan dengan Mozilla yang turut memperkenalkan Firefox untuk Android, menariknya, kini pembangun addon tersebut turut mengoptimasikan Adblock Plus untuk turut sama digunakan pada peranti Android anda.

Dan semestinya, ia harus digunakan bersama-sama dengan Firefox untuk Android. Menariknya, dengan menggunakannya, bukan sahaja ia dapat membuang iklan yang agak menyakitkan mata, tetapi pada masa yang sama menjimatkan penggunaan data pada peranti mudah-alih anda.

Bagi yang tidak mengenali Adblock Plus, ia menawarkan anda kawalan sepenuhnya bagaimana anda ingin melihat dan melayari sesuatu laman web. Ia menawarkan sokongan untuk mengawal iklan, dan data peribadi anda.

Dengan kemaskini terbaru Adblock Plus, ia membawakan sokongan kepada Firefox untuk Android, selain daripada Firefox, SeaMonkey dan juga Thunderbird.


TIPS & ULASAN