BlackBerry Curve 9320 Kini Di Malaysia Pada Harga RM799

BlackBerry Curve 9320 Kini Di Malaysia Pada Harga RM799

Diterbitkan pada July 5, 2012 oleh .

Setelah mulakan jualan peranti Blackberry Curve 9220 sebelum ini di Malaysia, hari ini Research In Motion telah pun memulakan jualan peranti BlackBerry Curve 9320 di pasaran Malaysia, membawakan tanda harga RM799 untuknya, dan boleh didapati daripada pengedar rasmi peranti BlackBerry seluruh negara.

Melalui BlackBerry Curve 9320, ia membawakan sebuah butang khas yang didedikasikan untuk BlackBerry Messenger, membolehkan para pengguna mengakses aplikasi permesejan popular itu dengan lebih pantas. Disamping itu, Curve 9320 ini juga turut membawakan sokongan radio FM terbina padanya.

BlackBerry Curve 9320 ini turut menyertakan skrin bersaiz 2.44-inci, sokongan mikroSD sehingga 32GB, memori sebanyak 512MB RAM, kamera belakang 3.15-megapixel, dan bateri 1450mAh, serta dijana menggunakan BlackBerry OS 7.1.


TIPS & ULASAN