TEDx Kuala Lumpur Bakal Berlangsung Pada 14 Julai 2012

TEDx Kuala Lumpur Bakal Berlangsung Pada 14 Julai 2012

Diterbitkan pada July 6, 2012 oleh .

Seperti tahun-tahun yang lepas, kini TEDxKL bakal diadakan tidak lama lagi, iaitu atau lebih tepat lagi minggu akan datang ini, membawakan pelbagai topik menarik untuk dikongsikan bersama-sama dengan para hadirin dan peserta pada acara tersebut.

TEDx Kuala Lumpur ini bakal diadakan pada 14 Julai 2012, Temple of Fine Arts, Kuala Lumpur dan membawakan tema interdependence. Antara penceramah pada hari tersebut termasuk dua TED Fellow iaitu Derek Sivers (Pernah berucap di acara TED sebelum ini) dan Myskhin Ingawale (Pernah berucap di TED Long Beach), Jo Kukathas, Zann Huang, Zurairi AR, Prof Dr Ille Gebeshuber dan Khairil Yusof.

Bagi yang tidak mengenali TEDx, ianya merupakan salah satu persidangan yang mana memfokuskan kepada pelbagai perkongsian idea-idea menarik, dan lebih kepada mendidik. Mereka-mereka yang berminat, boleh mendapatkan idea awal dengan menonton video-video TED yang lepas melalui halaman rasmi mereka di TED.com.


TIPS & ULASAN