(Gambar) Sekitar Lepak IT #2 di Pulau Pinang

(Gambar) Sekitar Lepak IT #2 di Pulau Pinang

Diterbitkan pada July 6, 2012 oleh .

Lepak IT merupakan acara bulanan kami yang bertujuan untuk merapatkan silaturahim dengan para pembaca. Aktiviti yang dilakukan kebiasaannya adalah bertukar pandangan dan juga gajet terbaru, serta sembang-sembang berkenaan dunia ICT tempatan. Pada 30 Jun yang lalu kami telah pergi ke Georgetown, Pulau Pinang untuk berjumpa dengan para pembaca di sana. Antara gajet yang dibawa kami adalah

  1. HP Folio 13
  2. Samsung Galaxy S Advance
  3. HTC One V
  4. Sony Xperia Sola
  5. Sony Xperia P
  6. BlackBerry Torch
  7. Acer Aspire S3

Menariknya, terdapat kehadiran SkyJumper Malaysia secara kebetulan dan kami berkesempatan untuk menemuramah mereka (mini dokumentari selama 13 minit) berkenaan sukan terbaru ini.

Terima kasih kepada geng Blogr.my yang telah turut serta dalam LepakIT kali ini. Terima kasih kepada para hadirin, Yusnizam, Zeo, Lutfi + kawan, @LuthfiMY & Izzat yang juga telah bersama kami sehingga makan malam dan tidak lupa rakan-rakan SkyJumper yang sudi melayan soalan kami malahan meminjamkan KAKI PORTAL tersebut kepada Seanrazak & Rekrazie.

Untuk Lepak IT seterusnya, bulan Julai kami akan bercuti untuk bulan Ramadhan jadi Lepak IT seterusnya pada bulan Ogos. Destinasi seterusnya masih dalam perbincangan tetapi kami rasakan, Johor Bahru bakal menjadi bandar seterusnya yang kami akan lawati. Apapun kami harap para pembaca boleh mengundi untuk bandar seterusnya yang kami lawati di laman facebook kami.

Terima kasih Georgetown! Maaf tiada gambar bersama semua orang. Mungkin disebabkan sudah terkesima dengan KAKI PORTAL!


TIPS & ULASAN