Amazon Bakal Hadir Dengan Telefon Pintar Tersendiri?

Amazon Bakal Hadir Dengan Telefon Pintar Tersendiri?

Diterbitkan pada July 6, 2012 oleh .

Amazon pada tahun lepas telah pun mengejutkan ramai pihak dengan peranti Kindle Fire mereka. Dan kini beberapa laporan mula mengatakan Amazon bakal hadir dengan sebuah telefon pintar baru yang dijana menggunakan Android, sekaligus bersaing dengan beberapa pengeluar lain, termasuk Apple.

Mengikut Bloomberg, ia dikatakan Amazon sedang bekerjasama bersama dengan Foxconn dalam membangunkan peranti mudah-alih mampu milik mereka, sekaligus membolehkan para pengguna mendapatkan kandungan digital seperti buku, lagu dan filem terus daripada peranti tersebut.

Ia dikatakan berkemungkinan Amazon akan memperkenalkannya seawal bulan November kelak peranti tersebut. Sebelum ini, Amazon turut sama telah mengambil-alih sebuah syarikat pemetaan, berkemungkinan akan digunakan pada peranti mudah-alih mereka itu.


TIPS & ULASAN