Microsoft Bakal Membuang Sokongan Desktop Gadget Pada Windows 8

Microsoft Bakal Membuang Sokongan Desktop Gadget Pada Windows 8

Diterbitkan pada July 6, 2012 oleh .

Dengan Windows 8 yang mula memfokuskan kepada Metro, kini laporan awal mengatakan Microsoft mungkin akan membuang Desktop Gadget yang diperkenalkan pada Windows Vista. Ini adalah kerana melalui sokongan Metro tiles, ia membolehkan para pengguna mengikuti pelbagai perkembangan dengan mudah, walaupun tanpa Desktop Gadget.

Sebelum ini, Microsoft telah memperkenalkan sokongan Desktop Gadget pada Windows Vista, memudahkan mereka mengikuti pelbagai perkembangan mutakhir daripada web terus pada desktop mereka tanpa perlu membuka sebarang laman web. Pada Windows 7 ia tetap disokong, walaupun Microsoft membuang sokongan Sidebar padanya. Dan pada Windows 8 kelak ia dikatakan akan dibuang sepenuhnya.

Pada masa yang sama, Microsoft dijangka akan memperkenalkan Windows 8 RTM pada penghujung bulan ini, sekaligus menjadikan pelancaran Windows 8 lebih dekat lagi. Ia diperkatakan Microsoft bakal melancarkan Windows 8 secara rasminya sekitar bulan Oktober kelak.


TIPS & ULASAN