TIME dotCom Bakal Membangunkan Kabel Bawah Tanah APG Menghubungkan Ke Jepun Dan Korea

TIME dotCom Bakal Membangunkan Kabel Bawah Tanah APG Menghubungkan Ke Jepun Dan Korea

Diterbitkan pada July 6, 2012 oleh .

Dalam memastikan para pengguna tempatan (dan di Asia) mendapat sambungan internet yang pantas dan tanpa gangguan, kini sebuah projek pembangunan kabel bawah tanah baru sedang dibangunkan, sepanjang 10,000 kilometer, yang mana turut disertai oleh syarikat telekomunikasi tempatan, TIME dotCom.

Dengan kabel baru APG (Asia Pacific Gateway) ini, ia kelak akan menghubungkan Malaysia ke Korea dan Jepun dengan tujuh pautan ke negara Asia yang lain. Pembangunan ini dijangka akan selesai sepenuhnya pada suku tahun ketiga 2014 kelak.

Selain daripada TIME dotCom dan beberapa syarikat lain, pembangunan kabel bawah tanah ini juga turut mendapat sokongan laman sosial gergasi, iaitu Facebook. Pelaburan Facebook dalam pembangunan ini dikatakan akan mengukuhkan kedudukan mereka lagi di Asia Tenggara, yang kini mempunyai angka pengguna internet yang berkembang dengan drastik dari tahun ke tahun.


TIPS & ULASAN