Permainan MapleStory Dilancarkan Untuk Peranti iOS Dan Android

Permainan MapleStory Dilancarkan Untuk Peranti iOS Dan Android

Diterbitkan pada July 6, 2012 oleh .

Nampaknya, selain daripada Ragnarok Online yang boleh didapati dalam variasi platform mudah-alih, lebih banyak permainan dalam-talian yang bakal turut sama dilancarkan pada platform Android dan iOS. Terkini yang dilihat menyertai industri sama adalah MapleStory.

Bagi yang meminati permainan dalam-talian, mungkin pernah terdengar akan MapleStory, yang membawakan rekabentuk watak yang comel, bersama-sama dengan cara permainan dan mengawal watak yang menarik.

Kini, ia turut dilancarkan untuk platform Android dan juga iOS, membolehkan para pengguna memainkannya dimana sahaja anda berada, dan semestinya dengan menggunakan sokongan internet pada peranti anda.

Sekiranya anda meminati permainan ini, mungkin boleh memuat-turun sendiri permainan ini pada peranti Android dan iOS anda hari ini, dan mencubanya sendiri. Seperti beberapa permainan lain, MapleStory turut didatangkan dengan sokongan pembelian dalam aplikasi untuk memudahkan anda mendapatkan sesuatu aksesori dalam permainan dengan pantas.

Tips awal : Aizan.


TIPS & ULASAN