Fungsi Carian Pada Twitter Bakal Menerima Pembaharuan Bermula Esok

Fungsi Carian Pada Twitter Bakal Menerima Pembaharuan Bermula Esok

Diterbitkan pada July 6, 2012 oleh .

Komunikasi melalui Twitter semakin popular dari hari ke hari, dengan pada perlawanan akhir EURO 2012 sahaja, jutaan tweet dihantar oleh para penggunanya. Dan kini, ia kelihatan Twitter bakal memberikan nafas baru untuk sokongan Search & Discovery pada laman mereka.

Dengan jutaan tweet dihantar setiap hari, semestinya ia kini ingin memudahkan para pengguna menemui tweet-tweet yang menarik, disamping mengikuti pengguna dan rakan lain dengan mudah.

Twitter dikatakan akan memperkenalkan sokongan yang serba baru ini esok. Semestinya sekiranya Twitter dapat memperkenalkan fungsi carian dan penemuan yang lebih menarik, ia akan menjadi salah satu medium berguna bukan sahaja untuk jenama dan organisasi melihat apakah yang diperkatakan mengenai mereka, sebaliknya turut membantu pengguna menemui pelbagai perkara berguna dengan mudah.

Sama-sama kita nantikan apakah yang bakal diumumkan oleh Twitter esok.


TIPS & ULASAN