InstaTalks Memudahkan Anda Bersembang Dengan Rakan Instagram Anda

InstaTalks Memudahkan Anda Bersembang Dengan Rakan Instagram Anda

Diterbitkan pada July 6, 2012 oleh .

Instagram boleh dikatakan salah satu perkhidmatan perkongsian gambar yang mempunyai komuniti yang sangat aktif. Selain daripada hanya meninggalkan komen pada gambar-gambar yang dikongsikan, mungkin anda ingin bersembang dengan rakan Instagram anda mengenai pelbagai perkara. Dan dalam memudahkan proses tersebut, kini sebuah aplikasi khas diperkenalkan untuk pengguna iOS, dinamakan InstaTalks.

Aplikasi InstaTalks ini ditawarkan secara percuma, membolehkan anda menghantar dan menerima mesej bersama rakan-rakan Instagram anda, selain berkongsi gambar bersama mereka. Seperti biasa, memandangkan ia memfokuskan kepada pengguna Instagram, maka untuk log masuk dan menggunakannya, ia menggunakan akaun Instagram, sekaligus menghubungkan anda dengan rakan-rakan Instagram yang lain.

Bagi mereka yang menggunakan peranti iOS, mungkin anda boleh menguji sendiri aplikasi InstaTalks ini dengan memuat-turunnya daripada AppStore.


TIPS & ULASAN