Versi Pembangunan Awal Opera 12.50 “Marlin” Sedia Diuji

Versi Pembangunan Awal Opera 12.50 “Marlin” Sedia Diuji

Diterbitkan pada July 7, 2012 oleh .

Dengan pelancaran Opera 12 beberapa minggu sebelum ini, kini pihak pembangun pelayar web popular tersebut, Opera Software telah pun beralih kepada versi seterusnya, dimana kini versi pembangunan pertama Opera 12.50 dengan nama kod “Marlin” sedia untuk diuji oleh pengguna Windows, Mac dan juga Linux.

Salah satu penambahan baru yang disertakan adalah Clipboard API yang membawakan beberapa sokongan baru bersama dengannya, selain turut menyertakan sokongan HTML5 dan CSS3 yang lebih baik lagi.

Opera 12.5 ini juga tuurt membawakan integrasi bersama-sama dengan Notification Center yang terdapat pada OS X 10.8, memudahkan para pengguna sistem operasi OS X mengikuti notifikasi.

Bagi mereka yang berminat, boleh menguji versi pembangunan ini, dengan memuat-turun Opera Next untuk Windows, Mac dan juga Linux.


TIPS & ULASAN