Adakah MegaUpload Akan Kembali?

Adakah MegaUpload Akan Kembali?

Diterbitkan pada July 7, 2012 oleh .

MegaUpload boleh dikatakan merupakan salah satu perkhidmatan yang digunakan dengan meluas bukan sahaja oleh pengguna tempatan tetapi juga pengguna seluruh dunia. Setelah melalui pelbagai halangan, kini Kim DotCom, pengasas disebaliknya melalui Twitter mengatakan Mega akan kembali.

Melalui Tweet yang dihantar oleh Kim DotCom, beliau mengatakan Mega akan kembali, lebih besar, lebih pantas, lebih baik. Serta membawakan evolusi daripada sebelumnya.

Namun apa yang tidak pasti, adakah ianya adalah MegaUpload itu sendiri, ataupun perkhidmatan baru dinamakan MegaBox yang pernah dikongsikan oleh beliau melalui sebuah gambar sebelum ini.

Walaubagaimanapun, perkhidmatan yang bakal diperkenalkan oleh beliau semestinya dinantikan ramai pengguna seluruh dunia. Dan sama-sama kita nantikan apakah perkara baru, dan evolusi daripada MegaUpload sebelum ini yang akan dibawakan beliau.


TIPS & ULASAN